LAMA RASANYA TAK RASA PERIT DI HATI
Hari ini aku cuma rasa agak terkilan.
Waktu perasaan ni mula timbul dalam hati, aku tertanya-tanya semula pada diri
'perlu ke aku rasa macam ni?' 'aku ada hak ke untuk rasa macam ni?' 'valid ke perasaan ni?'
lagi-lagi dengan usia dewasa, aku tak mahu mengambil hati perkara remeh.
sebab pada akhirnya manusia sentiasa akan memilih. dan pilihan itu selalu ada dua menjaga hati sendiri atau menyakiti orang lain.
sebab pada akhirnya manusia selalu akan memilih yang baru ada di sisi. bukan mereka yang selalu ada di sisi.
makin dewasa, makin aku memahami.
kerana itu kita dipanggil manusia,
makin hari, makin lupa.
sebab itu,
jangan bersuara waktu hati membara
jangan berjanji waktu hati gembira
takut kita melukai hati orang yang takkan sudi lagi.
menerima kata dan janji kita.


No comments:
Post a Comment